Showing posts with label ~mOtiVasi~. Show all posts
Showing posts with label ~mOtiVasi~. Show all posts
Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah: 
"Allah S.W.T cemburu terhadap hati hamba-Nya 
yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya,
dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain Dia."

petikan : majalah sOlusi
umum tau yang jerebu sedang melanda KL skrg..
eh? ptrjya kena sekali ke tak ea?

pagi tadi smpai awal kt pjbt..
mmg hari2 pun awal.. 
aku tak faham org masuk 7.30 boleh sampai 7.45..
sbb kt cni takder punch card..
so.. no komen.. 
nak bangkang kang sapela kita..
semut kecil yang tak bape nak dilihat org kadang2..
tp kalau dah menggigit baru la perasan..
"eh. bila masa pulak kau naik atas badan aku ni??"
tgk2 kt bawah ada sarang / laluan semut daa...
terpijak puloksss..
beb... semua org buat..
jgn tanak ngaku pulak..
hihi..

berbalik kepada cerita jerebu..
tgk MHI pagi2 ni best jugak..
ada panggil sorang doktor mata 
nak suruh jaga mata..
sbb nak pakai lama..
tp aku tanak cite semua tu..
aku nak share kata2 motivasi n saranan beliau..
untuk aku remind n pengetahuan korang jugak..

3 perkara yang wajib beli mahal..
*cermin mata hitam
*berus gigi
*kasut

pepatah doktor yg die amek tah dari mana
kita selalu...
*beli barang yang tak perlu
*dengan duit yang takder (hutang)
*untuk impress or memuaskan hati org yang kita tak suka..
~menusuk dowh~
dia juga ingtkan..
*bangun pagi muhasabah diri dahulu.. 
ucapkan syukur kerana diberi kesihatan, kekuatan untuk teruskan hidup
terima kasih kepada tubuh badan yang bnyk membantu dan sentiasa membantu
menjalani kehidupan seharian
*kenapa perlu tawar-menawar semasa membeli barang di kedai peniaga kecil? 
tapi tak pernah berkira masa beli hbg n baju dll yang tak sepatutnya dibeli mahal 
di kedai2 yang mahal? branded? 
jgnla tawar-menawar kerana ianya tidak berkat berikutan memyusahkan peniaga kecil-kecilan..
smpai bila-bila pun diorang takkan berjaya..
wallahualam.. 



nota kaki busuk : terkena batang hidung sendiri.. maluu...



untuk kesekian kali..
hubungan adik aku n bf die bermasalah... haha..
pdn muka kau aku cite kt cni..

bukan masalah yg aku nak share..
tp sesi kaunseling yg telah aku jalankan 
bukan untuk suruh die buat itu ini utk selesaikan masalah..
tp memberi pilihan kepada adik aku tok berfikir dengan lebih mendalam
disebabkan itu, kaunselor yg anda jumpe tidak akan menetapkan apa yg perlu anda buat, hnya memberi anda pilihan untuk memudahkan jalan anda.. kerana kami tidak boleh dipersalahkan jika jalan yg anda pilih itu salah....  sbb kami cuma bagi pilihan bukan make conclusion.. cuma dlm kes2 tertentu jer kami boleh menetapkan jalan.. contohnya mangsa sebenarnya telah dirogol.. jadi kami perlu bawa kes ke mahkamah kerana client kami mmg bermasalah.. faham tak?huhu
**ni semua ilustrasi penulis yg berharap sgt dpt smbung degree kaunseling**


setiap masalah dalam perhubungan adalah kepercayaan..
ini pandangan aku k?
korang terima tak kalau aku kata kes2 perceraian yang berlaku 
kebanyakannya disebabkan 
kurang kepercayaan..
sbb tu mcm2 dalam fikiran yg boleh membuatkan kita rasa
curiga~cemburu~marah
ni semua permainan TRUST..
kalau kita trust..
takkan la kita rasa n pk2 benda buruk mcm tu..
tp yes..
kadang2 kita sedikit untrust... sy ckp sedikit k? hoho..
untuk manja2 jer.. saje nak bg die cuak n takut.. 
emm.. kalau kau nak ckp pasangan korang curang.. 
lebih2 lagi kalau kaum hawa mcm kita ni..
pasangan tak jwb call n msj.. kita dah tuduh die curang kan?
die ada kawan lain, die da tak syg korang lagi..?
emm.. mungkin betul die ada kawan lain..
tp tak semestinya die tanak korang kan?
so korang kena trust.. back to basic k.. 
kita sebagai pompuan ni kan kena dok diam jer.. tgu lelaki nak minang kan..
selagi lelaki bujang.. die akan ada hak untuk memilih.. 
kalau pon korang sebok2 nak marah die sbb die curang..
tp kalau ditakdirkan Allah yg korang bukan milik die.. 
tak ke malu bile pk2 blek dulu2 sebok nak menggatal padahal? kawen ngan org lain??
huhu.. ni yg tulis ni pun same dengan jer.. haha..
so aku nak ingtkan kt korang.. sabar jer la..
kalau betul die mmg tertulis tok kita... die akan jadi milik kita..
sbb lelaki mmg mampu menyayangi lebih dari sorang..
tapi bukan bermakna die tak syg kt kita..
die cuma nak rasa syg kt org lain.. haha.. kejam tak?
kalau kita nak syg die smpai nak kongkong die..
sekali die bukan tok kita.. haha.. lagilah malu.. kuang3.. 
pesan cikgu aku dulu.. kalau kita rasa kita syg kt seseorang tu..
n nak die jadi teman hidup kita selamnya..
solat hajat.. mohon pada Allah.. semoga kuatkan jodoh korang..
tp kalau ragu2.. bek korang blah jer.. haha.. 
lagipun org kata bercinta ni dah mcm berzina jugak.. berzina hati.. 
apabila ungkapan syg, cinta n kasih bersulamkan nafsu.. 
berdosa lah korang.. kerana korang dah berzina..
betul atau tidak.. wallahualam.. 
Allah dah susun jalan hidup kita ni baek jer..
ape yg penting.. Ingat Allah selalu.. selalu doa.. 
tp umat manusia skrg ni lebih ingt pasangan je dari ingt Allah..
hati2.. jgn terjebak dengan zina hati.. hehe..
kalau betul jodoh kita ngan die.. Allah akan temukan jugak.. kan? 
percaya tak pada jodoh?



p/s : Allah mmg mengurniakan kasih n sayang dalam diri kita.. tp untuk ke jalan yg betul bukan untuk mengongkong orang lain.. BTW.. ni semua pandangan aku jer.. kalau ada yg terasa tu maaplah yer.. kau ngan aku sama jer.. haha.. kalaulah praktikal lebih mudah dari teori.. tp kalau praktikal kita dah buat, teori akan terus ada dalam kepala.. hmm..


Kita mulakan dengan jantung al-Quran..
teringat dulu..
aku blaja ngaji ngan bpk aku jer..
sebelum mula.. 
bpk aku akan suruh aku baca tafsir alfatihah dulu..
hish.. menggigil der nak hafal..
kalau salah mmg siap ar..
abh aku dulu garang..
tp berkat garang la aku pndai baca quran..
walaupun tak berlagu2..
hihi..

awak nak tau tak..
saya sudah semakin lupa..
bnyk lupa..
weh.. bukan peringkat awal Alzheimer tau..
mungkin kerana kurang baca al-quran..
ish3.. dah lama rase tak baca quran..
jahat kan?
oke3.. janji2.. pasni nak sambung baca quran semula..

dengar dari mulut orang..
kalau kita rajin baca al-quran..
kita takkan jadi pelupa @ nyanyuk..
insyaAllah..
tatau la ni bidaah ker atau ape..
yang penting..

kena baca Quran! 
(kena baca tafsir jugak~ bg insaf diri)


Jom la kengkawan..
cari waktu...
biasanya lepas subuh @ magrib
tp biasanya lepas subuh dak2 bujang mcm kita ni mmg malas cket nak baca quran..
biasanya kita amek lepas mgrib kan?
hr khamis kita excuse yer..
sebab baca yaasin untuk arwah sedara2 kita kan?

aku start mgu depan..
mgu ni aku cuti.. ~PMS~
hihi..
selamat beibadah semua..


nota kaki : beb? ni dah kira dakwah kan??


semenjak 2 menjak ni aku sangat la sakit hati ngan minah2 kepochi..
sebok sangat nak tau hal orang..
sanggup buat mcm2 supaya dapat tau hal yg sebenar2nya..
xcukup dengan tu..
sanggup pulak melaga2 kan orang..

tp kalau pasal die?
langsung tak bgtau kt orang..
sampai kawan baik sendiri kecik hati..
wallahualam..

tapi
tulah kan?
manusia sekarang..
suka jaga tepi kain orang...
mcm la kain die tu tak penah koyak..
hmm..

bukan semua org bernasib baik seperti awak..
kami masih ada tujuan lain yg belum pun dipenuhi lagi..
rezeki org lain2 kan?
senang cita.. jgn la nak kepochi kt org..
sebab kita tak tau sensitiviti seseorg..
bg ceramah kt orang awak mmg pandai..
ce muhasabah diri sendiri..
 rasanya ilmu tu lagi afdal kot.. 
(gelak jahat..)

awak mmg pandai nak korek rahsia org..
sedangkan awak tu simpan rahsia sendiri..
kalau dah tau rahsia org tp diam> takpe jugak..
ni dok jaja
membuka pekung org lain..
astagfirullahlazim.. (maafkan saya kalau saya tersilap)
rahsia itu adalah amanah..
kalau tau tak boleh simpan amanah..
jgn la nak amek tau rahsia org..
oke?
boleh? 

p/s : hah.. ni saya tulis kt cni.. kompom awak soh rakan2 kita yg lain utk sama baca kan.. 
dah mmg tabiat awak mcm tu.. hihi.. saya cuma mampu senyum je dgr cite tentang awak..
satu hari saya harap awak akan insaf..

******
kepada kawan2 saya yg telah dikepochikan..
maafkan lah die..
kita bnyk benda lagi nak pk..
berbanding ngan PHD beliau..
sebab korang tu artis sgt kot.. tu yg die dok iri hati kt korang tu..
hihi.. kekadang lawak la bile pk..
sebab die no point..

note : aku rase die pun ada cite pasal aku jugak.. cume aku je tatau.. xpela..
hihi. jgn la risau.. aku maafkan je die..
sbb die tatau yg die buat itu salah..
kikikiki..

***********
maafkan saya kalau terkasar bahasa..
sebenarnya org mcm ni ada kt mana2..
kalau saya terkepochi seperti beliau..
tegur la saya..
saya tak mahu jadi seperti beliau..
pahala saya tak bnyk nak bg org lain kt akhirat kelak...
n saya pun tak sanggup nak tanggung dosa org lain nt..

nauzubillahiminzalik..

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara..Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim. Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan.

Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa.

"Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.

"Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.

"Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.

"Cadangnya gitulah!"

" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.

"Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.

"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh.
Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku
makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi.

"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum.

"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar.

"Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana.. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.

Terpisat- pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas.

"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. . Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun.. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak.... ayah!

"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2008! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.

Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

"Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !
Dikesempatan ni..
Nak mintak maaf kat semua..
Diri ni terlalu bnyak lakukan silap..
Tanpa sedar dah buat orang terluka
kite tak bermaksud nak lukakan hati mereka..=(
Jadi sempena bulan baik ni..
Mohon ampun kalau ada tersalah kata,terasa, terkecil hati, terpukul kat mane2..
Semoga kita sama2 dapat kumpul sebanyak yg boleh pahala bulan puasa...
Jumpa kat Syurga Firdaus nt tau??!!
Salam Ramadhan...
Pada bulan ini para setan dibelenggu, pintu neraka ditutup dan pintu surga dibuka.
Rasulullah
n bersabda:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِقَتْ أَبْوَابُ النِّيْرَانِ وَصُفِدَتِ الشَّيَاطِيْنُ

“Bila datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggulah para setan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Pada bulan Ramadhan pula terdapat malam Lailatul Qadar. Allah
k berfirman:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوْحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ. سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur’an pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan hingga terbit fajar.” (Al-Qadar: 1-5)
  1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
  3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
  11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

  13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

  17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
  18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

  19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
  20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
  23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
  24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
  25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

SEORANG ahli hikmah berkata: Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.

Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: "Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih; menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah; hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat; percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.

Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.

Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.

Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.

Sumber Abullaits Assamarqan dalam buku, Tanbihul Ghafilin

sebenarnya hari ni aku tak berapa nak ada mood
hmmm
pagi2 aku sampai kat meja aku
tetiba airmata aku mengalir pulak
nape?
hik3.. syahdu la...
nida bg aku hadiah..
(satu email yang benar2 wat aku tersentap)


Jangan mengeluh...
kita selalu bertanya.... . .... dan Al-Quran sudah menjawabnya......

kita bertanya... : Kenapa aku diuji?

Quran menjawab
"Apakan manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman."("Iam full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, mkaa sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2yang dusta."
-Surah Al-Ankabut : 2-3

kita bertanya... : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimmu, dan boleh pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah : 216

kita bertanya... : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah : 286

kita bertanya... : Kenapa rasa frust?

Quran menjawab
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran : 139

kita bertanya... : Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah : 45

kita bertanya... : Apa yang aku dapat daripada semua ini?

Quran menjawab
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka...?
-Surah At-Taubah : 111

kita bertanya... : Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah : 129

kita berkata... : Aku tak dapat tahan!!!

Quran menjawab
".... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kamu yang kafir."
-Surah Yusuf : 12
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.

KHAMIS
Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi.Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.

JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain. Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.

Sooo... Anda lahir hari ape? huhu..
mari kita renung2kan..
jangan percaya sangat tau..
cuma nak tambah pengetahuan...
ingat!!...
hanya Allah yang boleh menilai kita, siapa kita sebenarnya..
ada juga sesetengah org yg boleh membaca firasat atau perangai org lain..
terpulang pd anda samada nak percaya atau tidak..
hindarkan diri dari perkara syirik n kurafat..
setiap orang/makhluk yang Allah ciptakan mempunyai
nilai keistimewaan masing2..
dan pastinya setiap orang/makhluk itu adalah berbeza...
hik3.. btol tak?
biarpun siapa diri kita..
jika kurang baik.. berubahlah untuk kebaikan..
duniawi dan ukhrawi kena same2 seiring..
baru berkat...
aminn... =)